TIPS PENJAGAAN ANAK ISTIMEWA
1. Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan “defect creation” oleh Penciptanya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia. 2. Memohon pertolongan Allah mesti lebih daripada mengharap pertolongan makhlukNya. Bukan maksudnya tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi cari Allah dahulu. Jangan sesekali salahkan DIA. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan untuk sekadar mengadu tapi belajar dari mereka yang terdahulu. 3. Berhenti juga untuk menyalahkan pasangan, keturunannya atau orang keliling dan datangkan rasa syukur dalam diri. Stay positive , walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif. 4. Perlu tahu bahawa anak kita masih lagi ada deria kerana rohnya masih bersama jasad. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak sahaja. Oleh itu, fokuskan cara pengajaran dengan menggunakan deria yang ...